Perit, rasa membakar dalam mulut, tidak selesa dan kurang selera makan. Kamu pernah rasa begitu ? Tahu ulser ? Yang suka menempel dalam mulut, celah bibir dan kadang-kadang di pipi dalam.
Ulser memang mempengaruhi kehidupan seharian aku. Tambah-tambah lagi ada dua beradik ulser yang menempel dalam mulut aku. Rasa macam nak shrunk kan diri sendiri dan masuk ke dalam mulut sendiri dengan kapal angkasa dan korek ulser dua beradik itu dengan light saber.
Dan bagaimana cara aku merawat ulser dua beradik itu ?
Dengan menggunakan bahan kumuran antiseptik ? Paranoid kuman sahaja yang guna cara itu. Atau menyapu gel atau krim penahan sakit ? Itu perbuatan gadis-gadis manja.
Orang macam aku biasanya melakukan aksi yang lebih berbahaya dan ekstrem seperti mencarut sambil mengunyah chewing gum. Itu sudah memadai untuk menghapuskan ulser dua beradik
Semoga esok boleh makan makanan yang lazat tanpa iringan rasa menjengkel dari dalam mulut.
Ingat nak letak gambar ulser sekali tapi bila digoogle imagekan, terlalu grafik untuk dicerna. Kamu cari sendiri ya.
cara yang bagus untuk menurunkan berat badan
ReplyDeletekesian len kali engkah garam :)
ReplyDeleteminum tuak la..gigit lipas...titis asid klorik yg drampas dari skolah mnengah sains...xpun cucuk la obor kt bnda tu selepas hujan turun hari sabtu.. pasti mujarab..problem solve..dang~!
ReplyDelete