Kolumpo hujan lagi. Sekejap panas terik, sekejap ribut badai. Kalau hujan bunga yang turun, para pemuda yang bersuka ria. Mana tidak, bunga sekarang mahal. Bolehlah jimat, simpan duit untuk berkahwin, kononnya. Kalau raining cats and dogs pula...err..mungkin pencinta haiwan akan suka..
Teringat El Nino dan La Nina. Kamu tahu fenomena itu ?
Ringkasnya, La Nina ialah perubahan cuaca sejuk yang menyebabkan hujan dan ia berlawanan dengan fenomena El Nino yang membawa perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau.
Faham ? Dulu kata geografi A1. Jangan buat muka tak pernah belajar geografi dunia.
Dan ada beberapa sebab kenapa aku sukakan hujan.
"Mungkin kalau bisa aku ceritain kalian tidak akan percaya". cewah
Aku suka hujan di waktu petang. Kondisi badan secara automatik cuba untuk mengshut down fungsi utamanya dan kemudian berada dalam mode sleep. Naa, itu pun jika kamu mempunyai kemewahan dari segi ruang dan masa. Jika kamu berada dalam keadaan tengah bekerja, malang sungguh menjadi kamu.
Aku suka hujan di waktu malam. Tenang, sejuk dan rasa harmoni. Abaikan kilat dan guruh. Bayangkan tidur berselimut sambil mendengar titisan hujan. Rasanya sama seperti moonbathing di tepi pantai sambil mendengar bunyi ombak menderu. Aku tak reti nak taip bunyi ombak..dush..dush..dush..
Aku suka hujan di waktu pagi. Nyaman kata orang sini. Nyamai kata orang sana. Sambil menggulung badan ala tenggiling, lutut rapat ke dada dan diselubungi selimut. Itulah kemewahan hidup jika kamu dapat menikmatinya. Jika kamu ada kerja dan perlu bangun awal, malang sungguh menjadi kamu.
Tapi sebab paling superb aku sukakan hujan ialah kerana aku boleh berlari ke luar rumah sambil meletakkan syampu secukup rasa di atas rambut dan mandi dengan air hujan yang turun. Bayangkan kamu berseluar Yankee pendek, menyanyikan lagu riang tanpa lirik, dan berjalan dalam hujan. Di Kolumpo tak boleh bertindak sedemikian, nanti apa kata gadis seberang rumah. Malu kat ore deh
Just like old times..
So, point utama yang aku cuba sampaikan di sini ialah aku kelaparan. Dan bila aku kelaparan yang teramat aku akan mengarut dan mencarut. Emosi menjadi kurang stabil, penglihatan semakin kabur dan..
dan...
dan..
dan..
Aku nak mandi dan makan sebelum cacing dalam perutku kepanasan.
No comments:
Post a Comment