Sabtu lepas, aku sempat menonton perlawanan liga Perdana Malaysia antara Sarawak dan Selangor PKNS. Walaupun sesat, kami (merujuk kepada aku dan rakan yang macho) sempat tiba sebelum wisel sepak mula. Ini merupakan pengalaman pertama menyaksikan pasukan Sarawak bermain secara langsung. Sebelum ini, niat untuk menyokong di stadium di Sarawak memang ada, tapi jarak yang agak menarik antara Sibu dan Kuching serta faktor umur dan kewangan membataskan pergerakan aku. Faham ? Bagus.
Kembali ke stadium, setelah membayar Rm10, kami dengan pantas mencari tempat dan ya, kami berada di kawasan musuh. Penyokong PKNS hadir dengan membawa senapang patah, mesingan dan pelbagai lagi senjata api ( aku amat berharap mereka membawa senjata api ). Setelah sedar yang kami behind enemy line, dengan gerakan sepantas kilat, kami merangkak menuju ke kawasan Ngap Sayot. Nasib tiada pihak PKNS yang sedar akan kehilangan kami.
Dan perlawanan bermula. Ok. Aku takkan ceritakan bagaimana serangan kencang Sarawak dan pertahanan PKNS ala Jaap Stam kerana itu adalah hak esklusif penyokong yang hadir. Maaf. Keputusannya menyebelahi pasukan PKNS dengan jaringan 2 tanpa balas. Mungkin badi tempat lawan. Tidak apa, penyokong di stadium Sarawak sentiasa menanti kunjungan pasukan lawan dengan muka ada senyum.
Dan aku berjanji akan mendapatkan sehelai jersi Sarawak. Boleh buat baju jalan-jalan di sekitar Kolumpo.
Pengalaman yang menarik kerana sebelum ini aku hanya mendengar sejarah kehebatan pasukan Sarawak. Era yang digeruni akan dapat dikembalikan jika mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh ( ayat ala motivasi pagi ). Dan jumpa di Liga Super musim depan ! Ngap ajak sia
Maskot Pasukan Sarawak. Encik Bujang Senang. Ya, seekor buaya, dan bukan Saiful Apek. Itu Bujang Senang mengarut.
Encang Sarawak Encang
Harapan aku personally agar mereka menang semua perlawanan. Bolehkan ?
menarik :)..lak beli k saya juak jersi sarawak cgek
ReplyDeletehaha.sila bank in sekali okay :)
ReplyDelete