"Ini bukan pistol biasa, bukan peluru biasa dan bukan kuda biasa"
Showing posts with label Bola Itu Bulat. Show all posts
Showing posts with label Bola Itu Bulat. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Fantasi


FANTASY PREMIER LEAGUE 2011/12

With over 2 million players, Fantasy Premier League is the biggest Fantasy Football game in the world!

It’s FREE to play and you can win great prizes!

Dan aku sudah memilih pemain yang akan memikul tugas menghadapi cabaran di liga-liga fantasi kelak. Harap pasukan paling hebat di alam maya pimpinan aku akan menang dan dapat nombor satu.

Senarai pemain aku. ( Benda fantasi tak payah nak rahsia-rahsia )

Penangkap Bola : 

Fridel ( Tottenham ) Robinson ( Blackburn )

Penyepak Tulang Keting : 

Jose Enrique ( Liverpool ) Bosingwa ( Chelsea ) Sagna ( Arsenal ) Alcaraz ( Wigan ) 
Hughes ( Fulham )

Pelorong Bola :

Fellaini ( Everton ) Elmohamady ( Sunderland ) Nani ( Man.U ) Yaya Toure ( Man.C ) 
Bale ( Tottenham )

Penerjah Gawang :

Drogba ( Chelsea ) Davies ( Bolton ) Gyan ( Sunderland )




Dan aku join 12 liga sama ada Classic atau Head to head. Moga pemain mampu bertahan bermain 12 liga serentak.

Kalau menang, aku belanja kamu yang sedar kewujudan pasukan ini ok. 

Janji silang jari.

Tuesday, July 19, 2011

Idaina Nippon no

Juara Piala Dunia Bola Sepak Wanita



Walaupun seri 2-2, wanita besi Jepun berjaya menyamurai gadis/wanita/perempuan (potong mana-mana berkenaan) USA dengan pedang penalti 3 berbalas 1.

Bertambah kebanggaan Jepun. Bagai sang phoenix bangkit dari abu. Sejarah membuktikan bangsa mereka tidak mudah berputus-asa. Aku rasa orang Jepun ada DNA labah-labah dan semut. Rajin semacam.

Nampak gaya kena ada Captain Tsubasa versi gadis lepas ni. Harap Maria Ozawa jadi penyerang.

Sunday, May 15, 2011

Sabtu Yang Lain

Sabtu lepas, aku sempat menonton perlawanan liga Perdana Malaysia antara Sarawak dan Selangor PKNS. Walaupun sesat, kami (merujuk kepada aku dan rakan yang macho) sempat tiba sebelum wisel sepak mula. Ini merupakan pengalaman pertama menyaksikan pasukan Sarawak bermain secara langsung. Sebelum ini, niat untuk menyokong di stadium di Sarawak memang ada, tapi jarak yang agak menarik antara Sibu dan Kuching serta faktor umur dan kewangan membataskan pergerakan aku. Faham ? Bagus. 

Kembali ke stadium, setelah membayar Rm10, kami dengan pantas mencari tempat dan ya, kami berada di kawasan musuh. Penyokong PKNS hadir dengan membawa senapang patah, mesingan dan pelbagai lagi senjata api ( aku amat berharap mereka membawa senjata api ). Setelah sedar yang kami behind enemy line, dengan gerakan sepantas kilat, kami merangkak menuju ke kawasan Ngap Sayot. Nasib tiada pihak PKNS yang sedar akan kehilangan kami.

Dan perlawanan bermula. Ok. Aku takkan ceritakan bagaimana serangan kencang Sarawak dan pertahanan PKNS ala Jaap Stam kerana itu adalah hak esklusif penyokong yang hadir. Maaf. Keputusannya menyebelahi pasukan PKNS dengan jaringan 2 tanpa balas. Mungkin badi tempat lawan. Tidak apa, penyokong di stadium Sarawak sentiasa menanti kunjungan pasukan lawan dengan muka ada senyum.

Dan aku berjanji akan mendapatkan sehelai jersi Sarawak. Boleh buat baju jalan-jalan di sekitar Kolumpo. 



Pengalaman yang menarik kerana sebelum ini aku hanya mendengar sejarah kehebatan pasukan Sarawak. Era yang digeruni akan dapat dikembalikan jika mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh ( ayat ala motivasi pagi ). Dan jumpa di Liga Super musim depan ! Ngap ajak sia

Maskot Pasukan Sarawak. Encik Bujang Senang. Ya, seekor buaya, dan bukan Saiful Apek. Itu Bujang Senang mengarut.

Encang Sarawak Encang



Harapan aku personally agar mereka menang semua perlawanan. Bolehkan ?

Syaitan Merah

Dan jaringan itu mengesahkan kejuaraan liga milik mereka...






Di bawah naungan Sang Raja...



Si pembuat onar..


Yang berduka...



Yang kecewa...



Yang ditinggalkan...




Mempersembahkan pasukan bola sepak paling power di muka bumi England




Tahniah !