"Ini bukan pistol biasa, bukan peluru biasa dan bukan kuda biasa"

Tuesday, July 19, 2011

Kabur

Ilham yang ada dalam kepala aku susah nak kekal lama. Perasaannnya pelik. Macam kamu sedang sakit perut dan kalau ikutkan hati, mahu sahaja kamu melepas ketika itu, tapi tiada kemudahan.

Apa yang kamu buat ? Tahan..tahan..dan tahan..kemudian sakit itu hilang tiba-tiba.

Entah ke mana pergi tahi kamu tadi. Dan kamu kembali seperti biasa.

Kosong, kosong dan kosong. Sehinggalah perasaan itu datang semula.

Carutan aku juga bermusim. Ada musim buah, ada musim tengkujuh, dan sekarang cuba menghayati musim sejuk.



Aku dah ada Pecah dan Kasino. Akan dapatkan yang lain. Senggama minda mode on.

No comments:

Post a Comment