Aku jarang berblogging, tapi bila ada peluang berblogging, aku akan mencarut puas-puas. Jarang ada isu yang menggerakkan hati ini untuk mencarut di aliran mainstream.
Kecuali yang ini. Paranoid. Aku tak kisah kamu nak paranoid, nak fobia, nak fap fap fap sekali pun asalkan tidak menganggu keseimbangan kehidupan orang lain, aku peduli apa kan.
Kamu tahu bagaimana annoyingnya rupa kamu ?
Macam HARAM. Ha Ro Mim ! yes, aku guna tanda seru..
Paranoid buat kamu kalut.
Paranoid buat kamu serabut.
Paranoid buat kamu terkejut.
Paranoid buat kamu kelam kabut.
Paranoid buat kamu ribut.
Dan sudah pasti semua sifat tadi mempunyai satu ciri yang hampir sama iaitu bodoh sombong yang pantas.
Dan bila bodoh sombong yang pantas sudah menguasai diri kamu, tujuan asal kamu untuk hidup sudah mula kabur. Sudah diisi dengan tujuan lain. Tak tahu tujuan apa.
Ini sangat tidak dapat diterima akal yang waras dan mulia.
Kiri kanan kamu rasa macam ada ninja yang menghendap.
Kiri kanan kamu rasa macam dunia ini hendak meletup.
Kiri kanan kamu rasa macam ada Terminator.
Kiri kanan kamu rasa macam ada zombie.
Kiri kanan kamu rasa macam ada vampire ganas ( bukan versi Twilight )
Kiri kanan kamu rasa macam ada serigala jadian ( sekali lagi bukan versi Twilight )
Kiri kanan kamu rasa macam wabak merebak.
Kiri kanan kamu rasa macam ada gangster perang kamu.
Sampai kamu lupa...
Bukan lupa jenis lupa nyanyuk atau lupa akibat kapasiti otak yang kurang..
Tapi lupa gampang sebab paranoid..
Kamu lupa kiri kanan kamu ada malaikat.
No comments:
Post a Comment