Hari ini dia tulis aksara. Aksara mudah buat suka-suka.
Tapi siapa tahu, hari esok dia tulis sejarah. Bukan sejarah mudah-mudah.
pistolplastik
"Ini bukan pistol biasa, bukan peluru biasa dan bukan kuda biasa"
Wednesday, May 7, 2014
Tuesday, May 6, 2014
Petang itu, adik kelaparan sangat. Pulang dari sekolah terus adik berlari ke dapur.
Di atas meja, adik nampak ada makanan. Adik dah tak fikir apa-apa lagi.
Ada nasi, ada lauk ikan keli, ada lauk sayur kangkung dan ada lauk kari ayam.
Air liur adik sudah bergenang di dalam mulut.
Berselera adik makan sambil menambah makanan di pingggan.
Kemudian adik berhenti makan. Berfikir sejenak.
Mak dah tak ada. Siapa yang masak semua ni ?
Adik tinggal seorang. Papa dah lari. Kakak dah lari. Abang dah lari.
Yang ada hanyalah adik dan rumah.
Kalau kau jumpa manusia yang kau suka, jadikan dia teladan.
Kalau kau jumpa manusia yang kau tak suka, jadikan dia sempadan.
Kalau kau jumpa manusia yang suka kau, jadikan dia sepadan.
Kalau kau jumpa manusia yang tak suka kau, jadikan dia kawan.
Sesiapapun yang kau jumpa, mereka punya tugas membawa sesuatu.
Sesuatu yang kau layak terima.

Kembali.
Melewati lorong masa itu.
Lorong yang pernah dilalui.
Lorong yang pernah ditempik.
Lorong yang pernah diherdik.
Lorong yang pernah dicaci.
Lorong gelap itu.
Lorong itu juga pernah digembira.
Lorong itu juga pernah disayang.
Lorong itu juga pernah dihadiah.
Lorong itu juga pernah disuka.
Lorong gelap itu.
Semakin ke hujung lorongkah kita.
Atau kita kembali semula ke lorong itu.
Melewati lorong masa itu.
Lorong yang pernah dilalui.
Lorong yang pernah ditempik.
Lorong yang pernah diherdik.
Lorong yang pernah dicaci.
Lorong gelap itu.
Lorong itu juga pernah digembira.
Lorong itu juga pernah disayang.
Lorong itu juga pernah dihadiah.
Lorong itu juga pernah disuka.
Lorong gelap itu.
Semakin ke hujung lorongkah kita.
Atau kita kembali semula ke lorong itu.
Thursday, April 12, 2012
Larian Sam semakin perlahan. Cahaya terang berwarna hijau yang mengejarnya sejak sejam yang lalu juga sudah tidak kelihatan. Bunyi bingit sistem mekanikal juga sudah hilang, yang tinggal hanyalah cahaya malap sang purnama dan bunyi unggas.
Degupan jantungnya pantas sekali dan semacam ingin melompat keluar dari dadanya.
"Celaka apa yang menimpa gua malam ini" getus hati kecilnya.
Sudahlah keluar dari rumah tanpa sarapan cucur udang ibunya yang tersohor di kampung, dikejar pula kucing yang tiba-tiba naik minyak melihatnya melintas jalan.
Buat pengetahuan, Sam dan kucing merupakan dua entiti yang tidak serasi bersama. Kalau diikutkan hati Sam, ingin saja dia satekan seluruh kucing di kampung mereka dan dijual di pasar malam setiap hari Sabtu. Pasti Tijah pujaan hatinya teruja melihat dia menjual sate daging kucing. Mereka punya kebencian yang sama.
Setelah berjalan hampir 3 batang rokok jauhnya, Sam mula merasai kepenatan dikala deruan adrenalin sudah hilang. Tiada lagi kuasa seumpama Son Goku dari puak Saiyan. Air, itulah yang dicari ketika ini dan Sam mula mengecilkan anak matanya dengan harapan pandangannya semakin terang di bawah sinaran bulan. Matanya melilau ke kiri dan kanan. Mana tahu ada bidadari yang baik hati membawakan sebotol air mineral.
Teringat dia pernah melemaskan seekor anak kucing Parsi milik jirannya Mak Semah. Puas hatinya melihat anak kucing tersebut tenggelam di kolam ikan milik tuannya.
"Padan muka lu, siapa suruh berak di kasut Nike (Thailand) kesayangan gua"
Dan Sam hanya tersenyum sendiri mendengar Mak Semah bagai orang mati laki mencari anak berbulu kesayangannya itu. Geli hati.
zing ! zing ! zing !
Sam tersentak. Bulu romanya berdiri walaupun lencun dibasahi peluh.
Celaka.celaka.celaka.
Dan bunyi itu semakin dekat. Sam cuba bergerak dengan lebih pantas kali ini tetapi kali ini cahaya hijau terang itu terus menyuluh tepat ke arahnya.
Tubuhnya keras. Jantungnya masih berdegup kencang mengepam darah. Kepalanya ligat berfikir bala apa yang menimpanya kali ini.
Dan sekumpulan lembaga menghampirinya. Gelap dan silau. Gelap kerana malam dan silau kerana cahaya hijau yang terang.
Meow..meow..meow....
"Kucing ?"
Dan kemudian dia seakan terdengar bunyi kucing yang cuba ketawa seperti manusia...
Semakin kuat dan kuat dan kuat sehinggalah bunyi itu mengeluarkan suku kata membentuk ayat.
"Aku nak bela manusia ini sampai gemuk. Cukup masa kita boleh kenduri di rumah aku"
Sam mencarut dengan tenang memikirkan nasibnya kelak.

Wednesday, August 17, 2011
Basikal Gunung
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog.
Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any
description.
Faham ? So lepas ini gambar yang dimuatnaik hanya ada tajuk sahaja. Boleh ?

Subscribe to:
Posts (Atom)